AKTIVITI TERKINI

Ahad, Mac 20, 2011

Kuliah Maghrib

KULIAH MAGHRIB

Oleh : Ustaz Azrul Azlan Iskandar ( Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia)

SETIAP HARI RABU MALAM KHAMIS
(MINGGU 2 & MINGGU 4)

Kuliah Maghrib ini akan bermula pada Hari RABU, 23 MAC 2011

SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Sabtu, Februari 19, 2011

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Ustaz Azwan memulakan Sambutan Maulidur Rasul 1432H dengan taklimat pertandingan

Salah seorang peserta Laungan Azan & Iqamah Kategori 8-12 tahun

Antara bakat-bakat baru yang sedang digarap potensinya sebagai seorang muazzin

 Anak-anak peserta pertandingan sedang tekun menunggu giliran mereka untuk diuji

 Adik ini sedang membaca Surah Al-Fatihah untuk dinilai oleh para hakim

En Azrul dan En Mohd Kamil selaku hakim pertandingan azan dan bacaan al-fatihah




Sebahagian peserta ujian Bacaan Al-Fatihah bagi umur 7 tahun ke bawah



Para peserta laungan azan dan iqamah



Para jemaah mengalunkan selawat ke atas Nabi beramai-ramai sebelum majlis penyampaian hadiah bermula

 Kelihatan para AJK Surau, petugas dan penduduk Taman Mulia mengendalikan jamuan

 Sekitar jamuan bagi anak-anak yang telah disediakan oleh pihak HELWA Taman Mulia

Para jemaah sedang mendengar kupasan tajuk forum Maulidur Rasul dengan khusyuk

Sebahagian jemaah yang hadir pada malam itu

Saf panel forum; Dari kiri, Ustaz Azwan (Pengerusi Forum), Ustaz Azrul Azlan (Ahli Panel 1) dan Ustaz Mohammad (Ahli Panel 2)

Selasa, Februari 08, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H


FORUM MAULIDUR RASUL 1432H

PADA SELASA, 15 FEBRUARI 2011
 SELEPAS SOLAT ISYAK
BERTEMPAT DI SURAU AL-HIDAYAH, TAMAN MULIA
AHLI PANEL :
USTAZ AZRUL AZLAN BIN ISKANDAR (PENSYARAH USIM)
USTAZ MOHAMMAD BIN MUHSIN ( MOTIVATOR AL-FALIHEEN MANAGEMENT)

PENGERUSI FORUM : USTAZ MOHD AZWAN BIN ROSDI ( SK MANTIN )

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR





PERTANDINGAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H

SELASA , 15 FEBRUARI 2011 / 12 RABIUL AWWAL 1432 H
BERMULA SELEPAS SOLAT ZUHUR
SURAU AL-HIDAYAH, TAMAN MULIA, PAJAM

1.       Laungan Azan & Iqamah (8 tahun ke atas) Lelaki sahaja
2.       Bacaan Al-Fatihah (7 tahun ke bawah) Lelaki & Perempuan
3.       Tilawah Al-Quran (5 minit) (Juz 1-Juz 29) Lelaki & Perempuan
Hadiah & sijil penyertaan akan disertakan

SILA DAPATKAN BORANG PENYERTAAN DI SURAU AL-HIDAYAH & HANTAR KE KOTAK YANG DISEDIAKAN ATAU KEPADA MANA-MANA AJK SURAU ALHIDAYAH 
SEBELUM 13 FEBRUARI 2011

Selasa, Januari 11, 2011

SESI TA'ARUF & TAKLIMAT JAWATANKUASA MASJID NURUL IMAN, KG. GEBOK

Assalamualaikum wbt..

Insya Allah , satu sesi ta’aruf & taklimat oleh Jawatankuasa Masjid Kg. Gebok akan dijadualkan berlangsung pada ketetapan di bawah.

Tarikh             :           Sabtu, 15 Januari 2011 (Malam Ahad)
Masa                :           Selepas Solat Maghrib
Tempat           :           Surau Al Hidayah, Taman Mulia

Agenda Taklimat   :        1. Persempadanan Kawasan Kariah Masjid
                                               2. Hal- Ehwal Nikah-Kahwin
                                               3. Khairat Kematian        

Oleh itu, dijemput semua warga kariah Surau Al Hidayah menghadiri majlis tersebut agar kita bersama-sama mendapat maklumat dan sebarang kemusykilan atau pertanyaan tuan / puan dapat diajukan kepada pihak yang berkenaan. Semoga kehadiran tuan/puan akan menambahkan keberkatan dan rahmat Allah dalam majlis tersebut. Insya Allah. 

Sabtu, Disember 11, 2010

Sekitar Ceramah Ma'al Hijrah 1432

Pada hari Jumaat malam Sabtu, 10 Disember 2010, satu lagi program anjuran Surau Al-Hidayah Taman Mulia dapat dilaksanakan dengan kehadiran Ustaz Nor Azman bin Mohammad, Imam Masjid Dato' Klana Petra Sendeng, Ampangan selaku tuan penceramah pada malam itu. Program yang bermula dengan Solat Maghrib berjamaah itu diimamkan oleh beliau sendiri. Selepas solat sunat rawatib, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Setiausaha Surau Al-Hidayah iaitu Ustaz Mohd Azwan bin Rosdi selaku Pengerusi Majlis sebelum menjemput tuan penceramah bagi menyampaikan ceramah beliau. Kira-kira 100 orang muslimin dan muslimat hadir pada malam itu yang terdiri daripada ahli kariah Taman Mulia Lagenda, Aster dan Lotus serta beberapa orang jamaah daripada Masjid Kampung Gebok. Ceramah yang disampaikan oleh beliau begitu menarik perhatian sidang hadirin dengan kaedah dan pendekatan yang sesuai bagi segenap lapisan ahli kariah. Selepas Solat Isyak berjamaah, satu jamuan ringan disediakan bagi semua hadirin dengan sumbangan makanan dan minuman yang dihulurkan oleh warga penduduk Taman Mulia.



Ustaz Azwan Rosdi selaku Pengerusi Majlis menyampaikan kata alu-aluan pada awal majlis.

Tuan Penceramah Undangan, Ustaz Nor Azman Mohammad, Imam Masjid Dato' Klana Petra Sendeng, Ampangan sedang menyampaikan ceramah beliau.


Sebahagian ahli kariah yang hadir dalam majlis ceramah Ma'al Hijrah tersebut.




Sekitar sesi jamuan ringan yang diadakan selepas Solat Isyak berjamaah di Surau Al Hidayah.

Surau Al Hidayah Taman Mulia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Penceramah , Ustaz Nor Azman Mohammad yang sudi hadir bagi menyampaikan ceramah beliau, wakil AJK Masjid Kampung Gebok, AJK Surau Al Hidayah Taman Mulia, seterusnya tuan / puan yang menyumbang makanan dan minuman bagi majlis malam itu serta hadirin yang hadir pada malam itu. Semoga sokongan dan sambutan tuan/puan terhadap program yang akan dirancangkan diberkati dan dirahmati oleh Allah swt.

Khamis, Disember 09, 2010

Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun, Doa Awal Tahun, Yaasin dan Tahlil Sempena Ma'al Hijrah 1432

Alhamdulillah, pada Hari Isnin, 6 Disember 2010 yang lalu, Surau Al-Hidayah telah mengadakan Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun, Doa Awal Tahun, Yaasin dan Tahlil sempena Sambutan Ma'al Hijrah 1432. Program ini bertujuan agar ahli-ahli kariah Taman Mulia dapat menghayati sambutan Ma'al Hijrah dengan pengisian-pengisian kerohanian mengikut acuan Islam yang sesuai. Selain daripada mengukuhkan dan mengeratkan ukhuwwah dalam kalangan ahli kariah, program ini secara tidak langsung memberi pendedahan awal kepada generasi kecil @ anak-anak tentang Tahun Hijrah selain daripada Tahun Masihi. Pada majlis ini kira-kira 120 orang muslimin dan muslimat hadir yang meliputi ahli kariah Taman Mulia Lagenda, Aster & Lotus. Semoga kehadiran tuan / puan dalam majlis dan program akan datang lebih menambahkan rahmat dan barokah buat kita semua . InsyaAllah..

Sebahagian daripada jamaah yang hadir dalam Majlis Sambutan Ma'al Hijrah sedang memanjatkan doa akhir tahun.

Bacaan doa telah dipimpin oleh Imam 1 iaitu En Abd Rahman bin Basiron.

Isnin, November 29, 2010

SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 1432 H


Bersempena dengan Tahun 1432 Hijrah yang bakal mendatang dan Tahun 1431 Hijrah yang bakal berlalu, Surau Al Hidayah Taman Mulia akan menganjurkan program-program yang berkaitan dengan Ma'al Hijrah seperti ketetapan di bawah. 


MAJLIS BACAAN DOA AKHIR TAHUN, DOA AWAL TAHUN, YAASIN & TAHLIL

TARIKH : ISNIN, 6 DISEMBER 2010
MASA : BERMULA JAM 6.30 PETANG
TEMPAT : SURAU AL-HIDAYAH TAMAN MULIA

SUSUNCARA MAJLIS :
6.30 petang         : Ketibaan muslimin dan muslimat 
                           : Bacaan Doa Akhir Tahun
                           : Azan Maghrib
                           : Solat Maghrib Berjamaah
                           : Bacaan Doa Awal Tahun
                           : Bacaan Yaasin & Tahlil
                           : Solat Isya' Berjamaah
                           : Bersurai


SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR


CERAMAH MA'AL HIJRAH 1432

TARIKH : JUMAAT, 10 DISEMBER 2010
MASA : SELEPAS SOLAT MAGHRIB
TEMPAT : SURAU AL-HIDAYAH TAMAN MULIA

PENCERAMAH UNDANGAN :
USTAZ NOR AZMAN BIN MOHAMMAD
(IMAM MASJID DATO' KLANA PETRA SENDENG, SEREMBAN)

SEMUA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR