AKTIVITI TERKINI

Khamis, Disember 15, 2011

Sekitar Program Ceramah Ma'al Hijrah 1433H

Penceramah Undangan ; Al-Fadhil Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim
Pensyarah KUIS & Mursyid Imam Muda 2

Sebahagian hadirin yang hadir mendengar ceramah pada malam itu. Dari kanan; Tuan Imam Abd Rahman dan Tn Hj Abdullah Yeob

Pandangan dari pintu surau . Kelihatan kaum hawa turut memeriahkan ceramah pada malam itu

Para hadirin mendengar dengan penuh khusyuk intipati ceramah

Ustaz Ikmal Zaidi menyampaikan khutbah sesudah menunaikan solat sunat gerhana bulan pada malam itu.

Tahniah dan terima kasih buat semua muslimin dan muslimat yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan program Sambutan Ma'al Hijrah 1433H bermula dengan Majlis Bacaan Doa Akhir & Awal Tahun, kemudian disusuli dengan Program Memasak Bubur Lambuk, Ceramah Ma'al Hijrah 1433 dan Solat Sunat Gerhana Bulan. Semoga apa yang kita lakukan dan laksanakan mendapat rahmat dan barakah daripada Allah swt dan juga menjadi suatu wadah pendidikan non-formal buat anak-anak kita dalam proses memahami keindahan Islam. Insya Allah.