AKTIVITI TERKINI

Sabtu, Februari 19, 2011

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Ustaz Azwan memulakan Sambutan Maulidur Rasul 1432H dengan taklimat pertandingan

Salah seorang peserta Laungan Azan & Iqamah Kategori 8-12 tahun

Antara bakat-bakat baru yang sedang digarap potensinya sebagai seorang muazzin

 Anak-anak peserta pertandingan sedang tekun menunggu giliran mereka untuk diuji

 Adik ini sedang membaca Surah Al-Fatihah untuk dinilai oleh para hakim

En Azrul dan En Mohd Kamil selaku hakim pertandingan azan dan bacaan al-fatihah




Sebahagian peserta ujian Bacaan Al-Fatihah bagi umur 7 tahun ke bawah



Para peserta laungan azan dan iqamah



Para jemaah mengalunkan selawat ke atas Nabi beramai-ramai sebelum majlis penyampaian hadiah bermula

 Kelihatan para AJK Surau, petugas dan penduduk Taman Mulia mengendalikan jamuan

 Sekitar jamuan bagi anak-anak yang telah disediakan oleh pihak HELWA Taman Mulia

Para jemaah sedang mendengar kupasan tajuk forum Maulidur Rasul dengan khusyuk

Sebahagian jemaah yang hadir pada malam itu

Saf panel forum; Dari kiri, Ustaz Azwan (Pengerusi Forum), Ustaz Azrul Azlan (Ahli Panel 1) dan Ustaz Mohammad (Ahli Panel 2)

9 ulasan:

  1. salam,

    ucapan tahniah kepada semua orang kuat surau dengan penganjuran yang berjaya ini. next year leh buat lagi. elok kalau ada perarakan pusing satu taman musti best gile nye. ramai bakat perpendam dikalangan anak2, kalau tubuh geng nasyid ke geng kompang ka nanti senang nak cari kumpulan ini utk sesuatu majlis. amacam best gak ka cadangan saya

    tkasih

    BalasPadam
  2. CADANGAN SUPAYA DIBUKA KAUNTER KHARIAT KEMATIAN MASJID KG GEBOK UTK KHARIAH SURAU KITA. RAMAI BELUM JOIN LAGI TERMASUK SAYA. TUAN DAH JOIN KA?

    BalasPadam
  3. Terima kasih di atas segala sokongan, dorongan, sumbangan dan kerjasama tuan. Insya Allah cadangan tuan itu amat menarik dan kita akan cuba tubuhkan dan jadikan ia sbg aktiviti kesenian Islam.. Kita juga akan cuba utk tubuhkan kumpulan berzanji dan marhaban.. Terima kasih di atas cdgn tuan itu.

    Berkaitan khairat kematian, persiapan surat dan borang telah kita siapkan sebenarnya. Cuma kita sdg menunggu hasil mesyuarat pihak Gebok berkaitan amaun sumbangan dan senarai lgkap buku panduan dan syarat2 skim khairat itu krn ada pindaan.. Insya Allah bulan hadapan ini kita akan buka ..

    BalasPadam
  4. Moga sihat semuanya,

    Seronok dan teruja dengan cadangan saudara/i tanpa nama diatas. Oleh itu teman pun nak cadangkan hasrat idea teman yang udah lame bertapok didalam minda teman ni. Ginilah cadangannya;

    1. Sungguh meriah jika diadakan kelas baca kitab berkaitan fekah ke, tajwid ke, tauhid ke dan lain2 ke oleh ustaz yg leh bagi kuliah ini berpandukan kitab2 yang muktabar. Kelas ni boleh dilakukan seminggu sekali dan sebagainya. kalau nak jimat kita boleh undang ustaz2 kat taman kita yang saya rasa mesti ada yang layak cuma malu2 berilmu kot meke ni

    2. Kursus seperti kursus mandi mayat ke, kursus keibu bapaan ke, kursus utk kearah dapatkan anak soleh/hah ke dan lain2 kursus lain

    3. Mungkin meriah juga surau kita jika diadakan qiyamulail sebulan sekali ke, 3 bulan sekali ke dll dimana peserta kena tidur kat surau atau tidur kat rumah masing2 then bila sampai time qiyamulail dia dtg surau lah...amacam

    setakat ini aja yang teman nak kongsi idea teman ni.

    kalau berminat bolehlah dibawa kehadapan dalam meeting lembaga pengarah surau

    terima kasih dari teman

    BalasPadam
  5. Terima kasih di atas cadangan membina saudara/i itu. Bagi pihak JK Surau, inilah cadangan-cadangan yang kami alu-alukan bagi mengimarahkan surau taman ini. Berkaitan cadangan di atas, saya ingin mengemukakan respon terhadap cadangan tuan itu.

    1. Insya Allah, mulai bulan Mac ini, kuliah akan bermula pada setiap Hari Rabu malam Khamis. Buat masa ini seorang ustaz sudah mengesahkan untuk memberikan kuliahnya. Cuma, seorang lagi ustaz sedang dalam proses untuk disahkan penglibatan beliau. Setiap ustaz akan menggunakan kitab yang berbeza. Perbincangan tentang itu sedang diusahakan.

    2. Insya Allah juga , kursus berkaitan mandi jenazah memang telah dirancang dan kita akan melaksanakannya selepas tabung khairat dilancarkan.
    Bulan 5 semasa cuti sekolah depan ini juga satu program kem solat khusus untuk anak-anak
    akan diadakan dengan kerjasama sebuah badan motivasi dan akan dilaksanakan dengan bantuan pelajar universiti sebagai fasilitator.

    3. Qiamullail ini merupakan cadangan baru oleh tuan dan Insya Allah kita akan berbincang untuk melaksanakannya. Mungkin kita akan buat dalam bulan Mac depan sebagai pelopor.

    Terima kasih atas segala cadangan bernas tuan. Sokongan seperti inilah yang kami harapkan bagi program pengimarahan surau . Walau bagaimanapun, program solat 5 waktu yang merupakan aktiviti utama surau ini masih perlukan lebih ramai jemaah Taman Mulia untuk menjayakannya.

    Jazakallah khairan kathira.

    BalasPadam
  6. Assalam,

    Saya mencadangkan supaya pihak surau mengedar small flier yg contentnya mengajak para khariah taman dtg surau. Flier tersebut elok dimuatkan benefit jika dtg berjamaah juga ayat bagi depa ni takut sikit jika tak dtg berjamaah walaupun dengar azan berkumandang. Flier tersebut dimasukkan dlm peti surat rumah muslim aja la...dicadangkan diadakan kempen mari solat kat surau sebulang sekali ke...3 bulang sekali ke...

    tima kasih tuan

    BalasPadam
  7. Salam,

    Saya sangat bersetuju dengan cadangan tanpa nama diatas. Saya sudi mencadangkan kpd pihak JK Surau utk kalau boleh paparkan diblog ini no akaun surau utk tujuan kemudahan para dermawan yg ingin menderma secara senyap2 (kan lebih afdal). duit tu utk aktiviti surau juga. Ante ok ka dgn ana punya idea...

    ok

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum sahabat sekalian..

    Terima kasih sekali lagi di atas respon tuan-tuan di atas.

    1. Insya Allah cadangan flyer itu merupakan cadangan yang baik dan bernas. Insya Allah akan dilaksanakan. Mungkin juga kita boleh buat banner yg mengajak ahli kariah ke surau sbg tambahan. Akan dibawa ke pengetahuan AJK kelak.

    2. Berkaitan dengan akaun,akan diusahakan nanti agar para dermawan dapat menderma secara senyap. Insya Allah

    Terima kasih segalanya..

    BalasPadam
  9. salam tuan pengerusi,

    didapati sekarang saf lelaki dewasa dan kanak2 belum baligh telah bercampur...takut hilang pahala saf...betul ke....kalau betul kena ambik tindakan...

    tq

    BalasPadam