AKTIVITI TERKINI

Selasa, Januari 11, 2011

SESI TA'ARUF & TAKLIMAT JAWATANKUASA MASJID NURUL IMAN, KG. GEBOK

Assalamualaikum wbt..

Insya Allah , satu sesi ta’aruf & taklimat oleh Jawatankuasa Masjid Kg. Gebok akan dijadualkan berlangsung pada ketetapan di bawah.

Tarikh             :           Sabtu, 15 Januari 2011 (Malam Ahad)
Masa                :           Selepas Solat Maghrib
Tempat           :           Surau Al Hidayah, Taman Mulia

Agenda Taklimat   :        1. Persempadanan Kawasan Kariah Masjid
                                               2. Hal- Ehwal Nikah-Kahwin
                                               3. Khairat Kematian        

Oleh itu, dijemput semua warga kariah Surau Al Hidayah menghadiri majlis tersebut agar kita bersama-sama mendapat maklumat dan sebarang kemusykilan atau pertanyaan tuan / puan dapat diajukan kepada pihak yang berkenaan. Semoga kehadiran tuan/puan akan menambahkan keberkatan dan rahmat Allah dalam majlis tersebut. Insya Allah. 

2 ulasan:

  1. salam,

    saya join juga mlm tu. explanation yg baik dari tok imam masjid kg gebok. kira sapa yg dtg faham dgn explanation tu.

    mungkin boleh dicadangkan supaya setiap bulan diadakan ceramah agama dlm berbagai topik berkaitan. bermakna setahun insyaAllah akan ada 12 ceramah agama. mungkin ajk surau leh memikiaukannya. dah lama tak dengar ceramah agama.

    amacam ok ka?

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam wbt

    Terima kasih di atas maklumbalas tuan dan cadangan daripada pihak tuan..
    Insya Allah, sempena Sambutan Maulidurrasul yang akan datang, satu program akan diadakan di kariah taman kita ini.. Makluman akan diberitahu kelak apabila segala-galanya berjalan dengan lancar. Berkaitan dengan kuliah agama bulanan/mingguan, Insya Allah akan berjalan kelak.
    Sekali lagi terima kasih di atas kerjasama tuan tersebut..

    Wassalam

    BalasPadam