AKTIVITI TERKINI

Sabtu, Oktober 22, 2011

Solat Sunat Eidul Adha & Ibadah Qurban 1432H



INSYAALLAH... SOLAT SUNAT EIDUL ADHA & PROGRAM IBADAH QURBAN akan dilaksanakan buat julung-julung kalinya pada Hari Raya Eidul Adha akan datang yang dijangka pada Ahad, 6 November 2011. Oleh itu, semua ahli kariah dijemput untuk sama-sama menghadiri program tersebut bagi membantu gotong royong untuk sembelihan, lapahan, agihan, masakan dan lain-lain lagi. Sumbangan dalam bentuk wang ringgit, makanan, minuman dan tenaga juga amat diperlukan bagi menyempurnakan ibadah qurban ini. Peralatan dan perkakas untuk gotong royong juga bolehlah dibawa bagi memudahkan kerja-kerja tersebut.

HARI RAYA EIDUL ADHA, 6 NOVEMBER 2011 (AHAD) 

                                7.45 Takbir Hari Raya
                                8.30 Solat Sunat Eidul Adha & Khutbah Hari Raya
                                9.45 Program Qurban dijangka bermula
                                        Jamuan makan

Selasa, September 06, 2011

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin UPSR, PMR, SPM, STPM

Satu majlis bacaan yasin dan solat hajat khusus untuk anak-anak ahli kariah Surau Al-Hidayah Taman Mulia yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM dan lain-lain akan diadakan pada ketetapan di bawah.

Tarikh : Khamis malam Jumaat, 8 September 2011
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau Al-Hidayah, Taman Mulia, Pajam

SEMUA AHLI KARIAH DAN ANAK-ANAK DIJEMPUT HADIR.
 

Semoga hajat yang kita pohon bersama-sama akan diperkenankan oleh Allah agar anak-anak kita ini mendapat kejayaan dalam peperiksaan tersebut di dunia dan di akhirat. Insya Allah.

Jumaat, Ogos 12, 2011

Majlis Khatam Al-Quran, Ifthar Ramadhan & Tazkirah Perdana 1432H

 
MAJLIS KHATAM AL-QURAN , IFTHAR RAMADHAN & TAZKIRAH PERDANA 1432H

Sabtu, 20 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432H
Bermula jam 5.30 petang

Surau Al-Hidayah, Taman Mulia, Pajam

Undangan Khas : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Sofi bin Abdullah
Pegawai Penaziran Institusi MARA

SEMUA AHLI KARIAH SURAU AL-HIDAYAH, TAMAN MULIA DIJEMPUT HADIR



Pihak JK Surau Al-Hidayah, mengalu-alukan semua untuk bersedekah samada dalam bentuk makanan dan minuman ataupun wang ringgit bagi menampung keperluan aktiviti yang dijalankan ini. Silalah bawa juadah tambahan untuk sama-sama kita berbuka puasa. Insya Allah.

Ahad, Ogos 07, 2011

Program SMART SOLAT (Untuk anak-anak 7-17 tahun)

Anjuran : Persatuan Biro WANDA dan ABIM dengan kerjasama HELWA

Sila dapatkan borang di Surau Al-Hidayah dan kembalikan ke kotak yang disediakan sebelum atau pada Selasa, 9 Ogos 2011.

ATAU SMS ke 017-9836940(Dr Zamrudah)/ 016-2497040 (Kak Nopi) / 013-3925545 (Pn. Ayu)

Butir-butir pendaftaran :
a. Nama anak
b. Nama penjaga
c. No.rumah
d. No telefon

YURAN : RM5.00 seorang anak

Hidangan berbuka puasa untuk para peserta dan keluarga disediakan pada hari tersebut. Semua dijemput hadir.

Selasa, Ogos 02, 2011

Program Ihya' Ramadhan 1432H


1. Solat Fardhu 5 waktu secara berjemaah
2. Solat Sunat Tarawih & Witir berjemaah
3. Majlis Zikir & Tahlil Arwah
4. Tadarus Al-Quran (Lelaki / Perempuan)
5. Tazkirah Ramadhan

Pihak surau amat berharap agar lebih ramai tuan/puan yang dapat menyertai program-program yang dirancang seperti Solat Sunat Tarawih & Tadarus  Al-Quran ... Insya Allah..

Ahad, Julai 10, 2011

Sekitar Program Ceramah Israk & Mikraj 1432H

Ustaz Mohd Azwan bin Rosdi bertindak selaku Pengerusi Majlis pada malam itu.

Tuan Penceramah undangan, Al-Fadhil Ustaz Khazri bin Osman (Pensyarah UKM)

 Antara jamaah yang hadir pada malam itu.

 Sebahagian lagi jamaah Surau Al-Hidayah yang turut sama memeriahkan program ini
Aksi Ustaz Khazri semasa menyampaikan ceramah beliau

 Para jamaah yang khusyuk mendengar ceramah Israk & Mikraj

Selasa, Julai 05, 2011


PROGRAM IBADAH QURBAN EIDUL ADHA 1432H/2011

Insya Allah pada tahun ini (1432H/2011M) SURAU AL-HIDAYAH Taman Mulia, Pajam akan menganjurkan Ibadah Qurban buat julung-julung kalinya. Kutipan Qurban yang terkumpul akan diagihkan kepada masyarakat sekitar kariah Surau Al-Hidayah, Taman Mulia.

Untuk makluman tuan/puan, memandangkan program ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan, pihak Jawatankuasa Surau Al-Hidayah , Taman Mulia telah bersetuju untuk menetapkan beberapa ketetapan di bawah;

a. HAD BILANGAN EKOR LEMBU : TIGA (3) EKOR SAHAJA 
b. SUMBANGAN TAMBAHAN PERALATAN & PERKAKASAN : RM 50.00  SAHAJA 

Bayaran tambahan tersebut bagi menampung kos peralatan dan perkakasan yang akan digunakan di sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga sumbangan tuan/puan itu dapat meneruskan kelangsungan program ini pada tahun-tahun hadapan.

Dengan ini, ahli kariah yang berminat adalah dipelawa menyertai Ibadah Qurban ini dengan mendapatkan borang dan membuat pertanyaan kepada Setiausaha Program Ibadah Qurban Eidul Adha – Imam Abd Rahman bin Basiron (012-2660204) atau Pengerusi JK Surau - Sdr. Muhd Fariz Hj Ismail (014-7735857)