AKTIVITI TERKINI

Sabtu, Oktober 22, 2011

Solat Sunat Eidul Adha & Ibadah Qurban 1432H



INSYAALLAH... SOLAT SUNAT EIDUL ADHA & PROGRAM IBADAH QURBAN akan dilaksanakan buat julung-julung kalinya pada Hari Raya Eidul Adha akan datang yang dijangka pada Ahad, 6 November 2011. Oleh itu, semua ahli kariah dijemput untuk sama-sama menghadiri program tersebut bagi membantu gotong royong untuk sembelihan, lapahan, agihan, masakan dan lain-lain lagi. Sumbangan dalam bentuk wang ringgit, makanan, minuman dan tenaga juga amat diperlukan bagi menyempurnakan ibadah qurban ini. Peralatan dan perkakas untuk gotong royong juga bolehlah dibawa bagi memudahkan kerja-kerja tersebut.

HARI RAYA EIDUL ADHA, 6 NOVEMBER 2011 (AHAD) 

                                7.45 Takbir Hari Raya
                                8.30 Solat Sunat Eidul Adha & Khutbah Hari Raya
                                9.45 Program Qurban dijangka bermula
                                        Jamuan makan

2 ulasan:

  1. salam,

    tahniah dgn aktiviti korban yg telah dianjurkan. As usual saya ada a few ideas to share;

    1. dicadangkan dilekatkan didinding surau ayat2 spt bacaan sujud sajdah, sujut syukur, dll, niat iktikaf di rumah Allah dll.

    2. dicadangkan sepanjang jalan masuk dan keluar taman mulia dipacakkan ayat2 Allahuakbar, Alhamdulillah, Subahnallah dll. Boleh bincang ngan pengerusi taman aster dan lagenda.

    tqvm moga cadangan saya ini dpt dipanjangkan lagi.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum wbt.

    terima kasih atas cadangan tuan di atas.. maaf saya pohon krn lewat balas kiriman tuan.

    bagi saya, cadangan tuan itu amat baik dan merupakan salah satu usaha bg meningkatkan lg keceriaan dan keindahan surau. Saya amat berbesar hati krn tuan dpt memberikan idea sebegini. Insya Allah akan sy panjangkan kpd AJK lain utk dibincangkan. walau bagaimanapun, sekiranya tuan ingin turut serta dlm kerja-kerja pelaksanaannya kelak, saya berlapang dada untuk menerima sumbangan drp tuan. mungkin dgn cara berbincang akan lebih baik lagi. Insya Allah.. Boleh hubungi saya di talian 014-7735857.

    Jazakallah khairan kathira

    BalasPadam