AKTIVITI TERKINI

Ahad, Februari 23, 2014

RUMUSAN CERAMAH UMUM - ISU SEMASA UMAT ISLAM 2014





Ceramah kali ini mengupas secara umum tentang isu semasa umat Islam di seluruh dunia. Keadaan umat Islam diseluruh dunia kini sangat menyedihkan dengan kedhaifan dan penyeksaan. Umat Islam merupakan super power dunia pada suatu ketika dulu yang mana Islam berjaya diterapkan di hampir 2/3 dunia. Setelah kejatuhan empayar uthmaniah turki pada 1924, perkara sebaliknya telah berlaku dan banyak negara umat Islam kini dijajah dan dibelenggu kemiskinan serta kesempitan hidup.

Masalah yang menimpa umat Islam seperti di Palestin, Syria, Selatan Tahiland, Myanmar dan baru-baru ini di Republik Afrika Tengah, sememangnya mendapat perhatian dari masyarakat Islam antarabangsa, namun apa yang menyedihkan kita ialah, tindakan yang diambil tidak memfokuskan kepada solusi sebenar. Bantuan yang diberi hanya bersifat sementara dan ini tidak menyelesaikan masalah mereka secara tuntas.

Kesedaran umat Islam seharusnya difokuskan kepada kesedaran politik ( mengatur urusan umat ).Umat yang dimaksudkan tidak boleh hanya ditumpukan diperingkat tempatan tapi sewajibnya bersifat global. Jika masyarakat setempat kita mengalami musibah, kita pasti turun memberi bantuan sehingga mereka dapat meneruskan kehidupan secara normal, begitu jugalah sikap yang perlu kita tunjukkan kepada saudara-saudara kita ditempat lain. Dengan adanya kesedaran politik ini, kita dapat membela nasib saudara-saudara kita di luar sana. Oleh itu, umat Islam seharusnya bersatu dalam menyatakan sikap tegas mereka bahawa Islam bukanlah sebuah agama untuk individu, tetapi Islam adalah untuk semua. Umat Islam seharusnya menunjukkan kesatuan untuk menyelamatkan umat Islam yang lain dari kezaliman dan pencabulan.

Hak umat Islam sebagai umat yang terbaik mesti dikembalikan semula agar agama Allah yang suci ini menjadi agama yang benar-benar dapat memberikan rahmat ke sekelian alam sebagaimana yang pernah ditunjukkan pada zaman pemerintaan Rasulullah SAW, para khulafa' Ar-Rasyidin dan khalifah-khalifah selepas mereka.

Wassalam
Unit Media&Promosi STM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan