AKTIVITI TERKINI

Selasa, Januari 15, 2013

Channel Surau al-Hidayah Taman Mulia

Anda boleh subscribe channel Surau al-Hidayah Taman Mulia 

di sini 

atau paste pada browser anda alamat di bawah..

http://www.youtube.com/channel/UC-1SyDAgCpeg_mNdkl5la-Q?feature=watch

Ahad, Januari 13, 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H Peringkat Taman Mulia Mantin

Assalamualaikum wrt,

Pihak Surau Al-Hidayah Taman Mulia Mantin akan menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1434H seperti berikut:

       24 Januari 2013
       Khamis
       8.00 Pagi hingga 11.00 Malam

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.


Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 

Rabu, Januari 09, 2013

Kuliah Maghrib

Assalamualaikum wrt

Pihak JK Surau Al-Hidayah menjemput semua kaum Muslimin ke program

   Kuliah Maghrib
   Malam ini (9 Januari 2013)
   Penyampai: Al-Fadhil Ustaz Azrul Azlan (Pensyarah USIM)

Jangan ketinggalan. Menuntut ilmu adalah wajib apatah lagi ilmu agama.

Selasa, Mei 15, 2012

Kursus Pengurusan Jenazah 2012

Pada hari Ahad, 13 Mei 2012 yang lepas, satu kursus pengurusan jenazah julung-julung kali diadakan di Surau Al Hidayah Taman Mulia, Pajam. Kursus itu telah menampilkan Ustaz Mohd Zailani bin Ridzuan ( Imam Masjid Rinching Hilir ) sebagai penceramah jemputan. Program itu telah dihadiri oleh kira-kira 60 orang peserta dan berakhir pada jam 1 tengahari.
Sebahagian peserta yang bersedia untuk berkursus


Penceramah undangan, Al-Fadhil Ustaz Mohd Zailani bin Ridzuan
Penyediaan kain kafan
Pemotongan kain kafan
Memakaikan serban kepada model sukarelawan
Ceramah teori sebelum amali dimulakan
Minum pagi
Waktu menggunting kain kafan yang belum siap
Cara mengusung jenazah ke tempat kafan
Kanak-kanak antara yang turut hadir mendengar dan meneliti ceramah dan amali
Lagi gambar yang menunjukkan cara mengusung jenazah ke tempat untuk memandikan
Teori diselang-seli dengan praktikal
Kaum ibu ramai yang hadir untuk menimba ilmu pengetahuan fardhu kifayah ini
Amali solat jenazah
Amali dan bengkel
Amali dan bengkel bagi model ke-2
Makan tengahari kaum ibu